|
Seperti yang telah dijadualkan, pada 26 Februari 2010, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul 1431H Masjid Bukit Indah telah diadakan dengan jayanya.
Penyertaan amatlah menggalakkan sehingga pihak penganjur mengambil keputusan untuk melanjutkan tarikh tutup sehingga 25 Februari 2010 dan menerima kesemua borang penyertaan bagi tidak mengecewakan anak-anak kecil ini. Ini kerana matlamat pertandingan ini adalah bagi memupuk perasaan sayang kanak-kanak kepada masjid.
Pendaftaran peserta telah bermula seawal 8.30 am dengan penyertaan keseluruhan seramai 176 kanak-kanak. Kategori A (4-6 tahun) telah disertai seramai 33 peserta, Kategori B (7-9 tahun) seramai 76 peserta manakala Kategori C(10-12 tahun) seramai 67 peserta.
Setiap kategori disediakan kertas mewarna yang berbeza iaitu dengan konsep “Makhluk Ciptaan Allah” bagi Kategori A, “Persaudaraan Muslim” bagi Kategori B dan “Masjidku” bagi Kategori C. Setiap kertas mewarna juga selitkan slogan “I Love Masjid Bukit Indah”.
Pertandingan telah dimulakan pada pukul 9.15 am dan ditamatkan pada pukul 10.00 am.
Pengadilan telah bermula pada pukul 10.15 am oleh Panel Juri yang dilantik yang diketuai oleh seorang Arkitek Bertauliah iaitu Saudara Ahmad Fauzi Md. Zen dari syarikat Pembinaan Mohamed Nazir Meraslam Sdn Bhd.
Berikut adalah keputusan pemenang pertandingan bagi setiap peringkat kategori:-
Kategori A (4-6 tahun)
Pertama : Adik Aisha Siddiqah Anverdeen, 6 tahun (Tadika SKTBI)
Kedua : Adik Nur Farisya Wildani, 6 tahun (Tadika Ehsan)
Ketiga : Adik Sarah Yasmein Shuhairy, 6 tahun (Tadika U Bestari)
Kategori B (7-9 tahun)
Pertama : Adik Nur Afwani Murtadza, 9 tahun (SK Seri Bintang Selatan)
Kedua : Adik Muhammad Anwar Amzar Azmir, 9 tahun (SK Taman Kosas)
Ketiga : Adik Muhammad Shafizal Shailan, 8 tahun (SK Taman Kosas)
Kategori C (10-12 tahun)
Pertama : Adik Nabilah Rosli, 11 tahun (SK Taman Bukit Indah)
Kedua : Adik Madina Mansor, 12 tahun (SK Taman Bukit Indah)
Ketiga : Adik Abdullah Faiz Abdul Rahim, 12 tahun (SK Taman Bukit Indah)



 Pihak penganjur dengan ini merakamkan ucapan tahniah kepada semua para pemenang dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua para peserta, ibubapa, pengetua dan warga pendidik SK Taman Bukit Indah serta warga pendidik sekolah-sekolah dan Tadika-tadika sekitar Bukit Indah yang memberikan sokongan kepada program ini.
|