Who's Online
We have 2 guests online
|
Selamat Datang Ke Masjid Bukit Indah Ampang
|
Qaradhawi : Kita Mempunyai Kekuatan |
|
|
|
|
Written by Wakil Pemuda
|
|
Monday, 31 May 2010 11:43 |
Pada hari Jumaat 22 Mei yang lalu, Syiekh al-Qaradhawi didalam rangka lawatannya ke Mauritius telah menyampaikan kuliyahnya di hadapan para belia di Stadium bertaraf Olympic di Nouakchott, menekankan bahawa umat Islam memilki kekuatan dan mampu bangun, keluar dari keadaan yang kita hadapi sekarang.
 Beliau menyeru agar diasaskan projek menyatukan ummah dan berdepan dengan mereka yang memecah belahkan ummat, dan meminta agar orang-orang muda hendaklah prihatin dengan peringkat-peringkat keutamaan, agar mereka tahu yang mana penting, atau yang mana yang perlu ditinggalkan, menjauhkan diri dari perselisihan dan kontroversi yang tidak sihat.
Beliau menegaskan bahawa umat Islam mempunyai kekuatan lebih dari satu bidang, diantaranya adalah :-
1. Kekuatan dari segi Angka : dikatakan bahawa jumlah Umat Islam adalah sebanyak 1.58 billion orang, malah al-Qaradhawi meragui jumlah tersebut. Bagi beliau, jumlah umat Islam adalah lebih dari itu. Satu contoh situasi dimana kenyataan yang menyebut Umat Islam di China dianggarkan 20juta, namun menurut Shakib Arslan, Umat Islam di China sahaja mencecah 50juta orang. Seorang orientalis Peranchis, Kanato pernah menulis didalam suratkhabar “Le Mode, the French” mengambarkan isyarat amaran serious mengenai ramainya kependudukan Islam, lebih-lebih lagi di China.
Tegas beliau bahawa ini menunjukkan bahawa Allah swt merahmati orang-orang Islam, dimana firmannya : “ingatlah semasa kamu dahulu sedikit bilangannya lalu Allah menjadikan kamu kembang ramai” [surah al-‘Araf : 86].
2. Kekuatan Ekonomi : Negara Umat Islam memiliki barangan yang berguna yang tidak dimiliki oleh negara lain. Negara-negara Islam ini kebanyakkannya negara pertanian, memilki pantai yang kaya dengan pelbagai jenis Ikan. Malah mereka memilki minyak, pelbagai galian seperti emas, besi, platinium, uranium dan sebagainya.
Beliau memetik soalan yang pernah diajukan oleh Perdana Menteri Thailand kepada Perdana Menteri Malaysia, “Anda adalah negara Islam yang memiliki minyak? Kenapa hanya negara Islam sahaja yang memiliki minyak? Kenapa Malaysia dan bukan Thailand?”
Namun demikian menurut beliau, kita memerlukan semua jenis perindustrian. Menurut beliau, “selama ini kita hanyalah pengimpot dan bukan pengeluar (perindustrian), malahan kita mengimpot teknologi dan kita tidak mengeluarkannya”…. “Adalah satu perbezaan yang besar diantara Pengeluar dan Pengguna, berbeza dengan mereka yang mencipta dan mengimpot dan membelinya”.
3. Kekuatan ketamadunan : Tamaddun dibina di bumi dan negara Islam. Ia berkembang didalam negara-negara Islam, termasuklah kenabian, kesemua berpusat dinegara Islam. Kristian bermula dari bumi kita dan beredar ke Eropah, Judaism juga bermula di bumi kita, begitu juga Assyria yang bermula di Iraq. Ketamadunan Firaun di Mesir, Hindi dan kebanyakkan tamadun lain berasal dari negara-negara Islam.
Al-Qaradhawi menjelaskan semasa beliau berada di Amerika, dia telah dibawa melawat Muzium, dan beliau bertanyakan berapakah usianya, jawapannya adalah 200 tahun. Menurut al-Qaradhawi, Muzium kita mencecah 7000 tahun.
4. Kekuatan Spiritual : Kita adalah satu-satunya agama yang telah melalui pelbagai pengalaman, perubahan zaman dan masa, risalah yang tidak kenal sempadan waktu, itulah risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad :saw. Beliau telah berjumpa dengan berjuta Hafiz al-Quran di Libya , dimana kerajaan Libya memberi penghargaan kepada mereka yang menghabiskan dirinya dengan al-Quran.
Menurut beliau, melalui pertandingan al-Quran yang dianjurkan oleh Qatar, pada mulanya di penuhi oleh peserta luar negara Qatar, terutamanya orang Asia. Namun demikian, beberapa tahun yang terdekat, kadar perserta meningkat dari kalangan penduduk Qatar
Disini al-Qaradhawi memberi contoh mukjizat al-Quran, kata beliau :
“Adalah lebih dari satu keajaiban mendapati seorang lelaki yang menghafal al-Quran dengan baik, akan tetapi tidak faham satu kalimah pun didalam bahasa Arab, sehinggakan kamu bertanya kepadanya : Apa nama kamu? Mereka tidak memahami soalan kamu, namun demikian, mereka adalah golongan yang menghafal al-Quran dengan baik”
Al-Qaradhawi juga telah menyentuh isu mewujudkan projek kesatuan Ummah, bagi menghadapi konfrantasi musuh Islam dan membantu sebahagian yang merana, dan berkata : “malahan isu utama umat Islam, iaitu persoalan Palestin, tidak lagi kedudukannya sebagai isu yang SATU, begitu juga dengan isu Zionis yang global”.
Sedutan dari tautan : http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=7637&version=1&template_ id=116&parent_id=114
|
|
Last Updated on Monday, 31 May 2010 22:43 |
|
|
Written by Wakil Pemuda
|
|
Monday, 31 May 2010 11:23 |
|
Bani Israel bermaksud keturunan Israel. Asal usul perkataan dan istilah Israel ini ialah dari gelaran yang diberikan kepada Nabi Yaakub (a.s). Istilah Israel mengikut bahasa Ibrani bermaksud 'orang yang berjalan di malam hari'. Hal ini kerana baginda selalu mengembara dengan memulakan perjalanannya pada waktu malam manakala pada hari siangnya baginda menghabiskan masa dengan berehat dan membuat persediaan untuk perjalanan berikutnya pada waktu malam. Begitulah asal-usul nama Israel itu. Kaum Bani Israel ini berasal daripada anak-anak nabi Yaakub (a.s) seramai 12 orang ini yang turut dikenali dengan gelaran 'Al-Asbaath'. Antara anak-anak baginda, ada antaranya yang diangkat menjadi Rasul seperti Nabi Yusof (a.s) yang meneruskan apa yang diajarkan oleh Nabi Ibrahim kepada datuk baginda, Nabi Ishak a.s., bapa baginda, Nabi Yaakub dan akhirnya baginda sendiri yang dipilih Allah untuk meneruskan Syariat Allah dimuka bumi ini.
Terdapat ramai rasul-rasul yang terkemuka diutuskan dalam kalangan Kaum Bani Israel ini seperti Nabi Ayyub, Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Zulkifli, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Ilyas, Nabi Ilyasa, Nabi Yunus, Nabi Zakaria, Nabi Yahya dan Nabi Isa yang merupakan rasul yang terakhir yang diutuskan Allah kepada kaum ini sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w yang merupakan rasul yang terakhir yang diutuskan kepada seluruh umat manusia dimuka bumi Allah ini.
Bani Israel berasal daripada keturunan Nabi Yaakub. Mereka telah menerima Taurat daripada Nabi Musa. Kesan daripada penerimaan kitab Taurat telah menyebabkan mereka menganggap agama yang dipusakai daripada nenek moyang mereka itu diturunkan untuk mereka semata-mata. Di antara dua belas suku Bani Israel, yang terbesar sekali adalah keturunan suku yang kedua iaitu Yahuda. Daripada Yahuda, lama-kelamaan menjadi kebiasaan bagi mereka menyebut diri mereka sebagai Yahudi dan agama mereka iaitu agama Yahudi.
Selain menyampaikan dakwah kepada orang Arab, Qahthan dan Adnan, para nabi pada zaman itu diperintahkan oleh Allah untuk menyampaikan dakwah kepada Bani Israel. Ini kerana mereka mempunyai satu suku yang terbesar di Madinah iaitu terdiri daripada Bani Nadhir, Bani Qainuqa, Bani Quraizah dan lain-lain suku yang kecil.
Pada zaman itu, kaum Bani Israel merupakan satu bangsa di dunia yang paling banyak menerima rahmat dan nikmat serta tuntutan-tuntutan daripada Allah. Bukan hanya nikmat yang merupakan hasil bumi dan binatang-binatang serta kekayaan-kekayaan alam sahaja, yang dianugerahkan Allah kepada mereka tetapi juga kekuasaan, kepintaran dan sebagainya.
Allah juga memberi rahmat kepada mereka dengan melepaskan mereka daripada beberapa seksaan ketika mereka berada di Mesir di bawah jajahan Firaun. Mereka dilepaskan dan dimerdekakan daripada kehinaan dan ketakutan di bawah pimpinan Nabi Musa dan Harun. Mereka disesatkan oleh Samiri, kemudian ditunjukkan yang benar oleh Allah dan diampuni dosa mereka.
Begitu juga sewaktu mereka dikepung oleh tentera Firaun sehingga ke tepi laut. Maka dibentangkan Allah jalan di lautan itu, lalu Allah menghancurkan Firaun serta tenteranya di hadapan mata kepala mereka sendiri, agar mereka dapat hidup aman di atas bumi ini. Kepada mereka diturunkan oleh Allah makanan dari langit ketika mereka sedang berada di tengah-tengah padang pasir yang mana tidak ada makanan dan minuman ketika itu. Jika tidak demikian, mereka akan mati kelaparan di tengah-tengah padang pasir yang terik itu.
Lebih besar dan hebat rahmat dan nikmat Allah kepada Bani Israel kerana orang-orang bangsa Bani Israellah yang diangkat oleh Allah menjadi orang-orang mulia, menjadi nabi-nabi dan rasul-rasul yang besar, untuk memimpin mereka, mengeluarkan mereka daripada lembah kebodohan, kesesatan, kesengsaraan selain menjadi bangsa yang maju dan bangsa yang memimpin. Berulang kali nikmat dan rahmat itu silih berganti diturunkan oleh Allah kepada mereka. Tetapi berulang-kali pula mereka silih berganti sesat dan menderhakai ajaran Allah. Sungguhpun begitu, Allah masih memberikan keampunan kepada mereka, berkat doa daripada nabi dan rasul mereka. |
|
JUDI PENCETUS GEJALA SOSIAL, ROSAK AKIDAH UMMAH |
|
|
|
|
Written by Wakil Pemuda
|
|
Thursday, 27 May 2010 11:05 |
|
Amalan pertaruhan dorong sikap tamak sekali gus memusnahkan keharmonian masyarakat
PADA masa kini, isu berkaitan perjudian sering dipaparkan media. Keadaan ini mempamerkan bahawa ia bagaikan sesuatu yang sukar dibendung. Ia muncul dalam pelbagai bentuk dan rupa. Malah ia menjanjikan habuan dan keuntungan yang cukup lumayan untuk menarik minat ramai orang.
Dengan bermatlamatkan untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda itu, menyebabkan seseorang itu lupa atau sengaja melupai mengenai larangan syarak. Dalam al-Quran jelas wujud larangan berjudi.
Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Wahai orang yang beriman, arak, judi, pemujaan berhala dan menenung nasib dengan batang-batang anak panah adalah semuanya kotor, keji dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya, moga-moga kamu berjaya.” (Surah al-Ma’idah ayat 90)
Di sini jelas Allah SWT melabelkan judi sebagai sesuatu yang kotor, keji dan jijik. Ia sedikit pun tidak mendatangkan kebaikan, bahkan akan mengotorkan roh dan jasad serta merosakkan perangai dan budi pekerti seseorang.
Bagi menjelaskan lagi betapa keji dan kotornya amalan berjudi itu, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa bermain kad (berjudi dengannya) maka sesungguhnya ia seolah-olah mencelupkan tangannya ke dalam daging dan darah babi. ” (Riwayat Muslim).
Dimaksudkan dengan judi itu ialah setiap perkara yang mempunyai unsur beradu nasib atau pertaruhan, sama ada ia sedikit atau banyak dan kecil atau besar. Walaupun judi diberi nama yang bermacam-macam, berbagai-bagai rupa dan cara seperti loteri, tikam ekor, bertaruh, main ketam, semuanya itu adalah haram dan dosa besar. Walaupun agama Islam awal-awal lagi mengharamkan judi, masih ada di kalangan orang Islam yang membabitkan diri dengan judi. Seperti membeli tiket loteri semata-mata untuk mendapatkan harta atau wang yang banyak dengan cara mudah atau ingin cepat kaya tanpa perlu bersusah payah.
Mereka terpikat dengan hadiah atau ganjaran tinggi. Misalnya, dengan membuat pertaruhan sebanyak RM10, mereka berpeluang mendapat wang berpuluh-puluh ribu ringgit. Gejala seumpama ini menyebabkan ada orang yang sanggup menghabiskan wang dan masa semata-mata untuk berjumpa bomoh, pergi melakukan pemujaan di kubur lama dan pokok besar.
Ada juga yang mendapatkan nombor kenderaan yang terbabit dalam kemalangan, mendapatkan nombor daripada mimpi dan sebagainya. Pada tanggapan mereka, hal ini dapat mendatangkan tuah dan keuntungan. Demikianlah keadaan seseorang yang sudah menjadi kaki judi atau hamba judi, mereka sanggup melakukan apa saja walaupun ia bertentangan dengan agama demi mencapai hasratnya.
Allah SWT menerangkan bahawa judi adalah satu daripada perbuatan syaitan, maksiat dan dosa. Perbuatan yang menjerumuskan diri kepada kerosakan akidah, sifat tamak dan rakus yang boleh membawa kepada kebinasaan harta dan jiwa, keruntuhan rumah tangga, menimbulkan hasad dengki, pergaduhan, menghabiskan masa yang akhirnya membawa manusia kepada papa kedana, mengabaikan tanggungjawab terhadap rumah tangga atau masyarakat dan lebih buruk lagi tanggungjawab terhadap Allah SWT.
Selain itu, judi adalah punca kepada dendam, permusuhan, pergaduhan dan membawa kepada bunuh diri. Tabiat pemain judi itu, jika ia kalah pada kali yang pertama, ia akan berasa tidak puas hati dan ingin mencuba dan terus mencuba dengan harapan untuk mendapat kemenangan sehingga menjadikannya hamba judi.
Apabila beroleh kemenangan pula ia akan terus bertambah tamak dan gemar berjudi sehingga menjadikan judi sebagai darah dagingnya. Soal kalah dan rugi tidak dipedulikan, yang penting seronok main judi sehingga sanggup bergadai dan berhutang walaupun dapur rumah tidak berasap.
Judi itu amat jijik, kerja maksiat dan dosa besar bahkan dianggap najis dan perbuatan syaitan yang boleh membawa kepada permusuhan dan menghalang daripada ingatkan Allah SWT. Wang judi itu bukan hanya haram dimakan malah juga haram digunakan untuk segala-gala hal seperti membeli pakaian, membina rumah dan sebagainya.
Ingatlah bahawa harta dan wang yang diperoleh daripada hasil perjudian tidak akan berkekalan dan tidak berkat. Wang judi tidak menjadikan kita seorang hartawan atau jutawan, tetapi sebaliknya menjadikan kita seorang yang suka berdusta, pemarah dan tidak amanah. Ia juga mendorong kita supaya suka berhutang, tetapi tidak mahu membayarnya dan bermacam-macam lagi sifat yang tercela.
Amat mendukacitakan apabila masih ada umat Islam yang masih gemar berjudi meskipun mereka ketahui keburukan berjudi. Lebih menyedihkan apabila ada di antara mereka yang menjadikan judi sebagai pekerjaan tetap atau sumber mata pencarian.
Oleh itu, marilah kita jauhi diri kita daripada terpedaya dengan godaan syaitan dan tidak membabitkan diri dengan perjudian. Mudah-mudahan kehidupan kita mendapat berkat dan diredai Allah SWT.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang, oleh itu mahukah kamu berhenti daripada melakukan perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil?” – (Surah al-Ma’idah ayat 91) |
|
Written by Wakil Pemuda
|
|
Friday, 21 May 2010 11:51 |
|
15/5 (Sabtu) Subuh: Ust Zamiri Razak (Asian Fainance), Tajuk:MUamalat. Maghrib: Ust Syahrilazman (Mudir, Ma'had Tahfiz Rahimah, Jengka), Tajuk : Tafsir Surah al Fatihah.
16/5 (Ahad) Subuh: Ust Rahimi Saad (Pensyarah UM Fakulti Pendidikan).
17/5 (Isnin) Maghrib: Ust Fadhli Ismail (Pensyarah, UKM Bangi), Tajuk: Tafsir Juzuk 30 abrul athir.
18/5 (Selasa) Maghrib: Ust Hanafiah Nawawi (Pegawai Bank Rakyat).
20/5 (Khamis) Maghrib: Nazir Masjid, Tajuk:Tafsir Surah Yasin.
21/5 (Jumaat) Maghrib: Ust Ismail Abbas.
23/5 (Ahad) Subuh: Ust Shauqi Osman (Pensyarah UPM). Maghrib: Ust Jafarudin.
24/5 (Isnin) Maghrib: Ust Shamsul Hakim (Pensyarah HUSM), Tajuk:Fekah
25/5 (Selasa) Maghrib: Ust Nizamuddin (Pensyarah UIA).
26/5 (Rabu) Maghrib: Ust Abdullah Man.
28/5 (Jumaat) Maghrib: Dr. Rahmat (Pensyarah UIA).
30/9 (Ahad) Maghrib, Us Shaari Che In.
Semoga semua ahli qariah Bukit Indah dapat menafaat ilmu dari semua kuliah di atas, Ilmu mengangkat martabat seseorg di sisi Allah. |
|
Last Updated on Friday, 21 May 2010 15:19 |
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
|
|
Page 9 of 36 |
|
|