Borang Online

Login Forum



Administrator

Shout Box

Latest Message: 3 weeks, 4 days ago
  • Azhar : Saya sedang hubungi Dr. Asri. Bila dapat tarikhnya saya akan hubungi pihak tuan.
  • wakil pemuda : Jika anta boleh dptkan tarikh dan waktu ust yang power2 just inform Hj Ghani atau Pembantu Tadbir di Pejabat.
  • Azhar : Kepada siapa harus saya hubungi?
  • Azhar : Tkasih Wakil Pemuda. Kalau saya cari apa kepastiannya carian saya itu diterima oleh pihak tuan?
  • izzat : salam,cuba ajk2 cari ust yg power isi kupasannya,
  • wakil pemuda : Ust yang sedia ada pun Alhamdulillah. Untuk memuaskan semua pihak adalah sukar. Cadangan saya jika anta boleh dapatkan ust2 yang so called 'power' kami sangat2 alu2 kan
  • wakil pemuda : Assalamulaikum Azhar. Perkara ini akan saya forward ke bahagian lujnah dakwah dan tarbiyah yg diketuai oleh Ust Shukri dan dibantu oleh imam2 Masjid.
  • Azhar : Penuh atau kurang berusaha?
  • wakil pemuda : ambil perhatian.
  • wakil pemuda : agak susah untuk dapat slot mereka. Kalau penceramah under power tapi Ilmunya sgt memanfaat pun ok juga. WA. Lujnah dakwah dan tarbiyah sila

Only registered users are allowed to post

Sections

Who's Online

We have 3 guests online
Selamat Datang Ke Masjid Bukit Indah Ampang
Walau Ditawar Harta & Diancam Bakaran PDF Print E-mail
Written by Wakil Pemuda   
Saturday, 17 July 2010 01:25

Membaca kisah athar seorang sahabat Nabi sallahu ‘alayhi wassalam, walau nama ini kurang dikenali ini, namun kisah ketabahannya mampu mengalirkan air mata. Beliau adalah Abdullah bin Huzafah Al-Sahmi, direkodkan oleh Imam Az-Zahabi di dalam kitabnya Siyar Al-a'lam Al-Nubala, beliau bersama tentera Islam yang lain ditawan oleh pemerintah Roman. Islam di waktu itu di bawah pemerintahan khalifah Umar al-Khattab r.a.

Kisahnya juga dicatat di dalam sumber-sumber sejarah Islam yang lain seperti Al-Isabah oleh Ibn Hajar, Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimash, Ibn ‘Athir dalam Asad Al-Ghabah dan lain-lain.[1]

AURA SAHABAT RASULULLAH

Disebabkan imej Islam yang dibina oleh Rasulullah dan khalifah sebelumnya, terkenal di kalangan musuh-musuh Islam akan kehebatan dan keunikan generasi Islam di zaman itu khususnya para sahabat baginda Nabi s.a.w.

Apabila dimaklumkan kepda raja Roman, bahawa salah seorang dari tentera Islam yang berjaya ditawan adalah dari kalangan sahabat Rasulullah. Raja Roman kegembiraan. Dia gembira kerana berpeluang untuk melihat sendiri susuk tubuh salah seorang dari sahabat nabi yang sering tersebar akan kehebatan dan keluarbiasaan mereka di waktu itu.

Raja roman dicatatkan mengarahkan sahabat tersebut dibawa ke hadapannya.

Raja meminta : "Adakah engkau sudi untuk keluar dari Islam (menjadi Nasrani)? Jika engkau lakukan itu, aku akan menganugerahkanmu sebahagian dari pemilikan harta yang dimiliku"

Abdullah menjawab :

لو أعطيتني جميع ما تملك وجميع ما تملك وجميع ملك العرب ما رجعت عن دين محمد طرفة عين

Ertinya : "Sekiranya engkau memberiku seluruh yang kamu miliki, bahkan jika seluruh yang dimiliki pemimpin arab, TIADALAH akan aku keluar dari agama yang dibawa Nabi Muhammad ini walau untuk jangka waktu sekelip mata"

Akibat dari penolakan itu, Raja Roman telah mengarahkan agar dibawa sebuah tempat azab yang dipenuhi minyak panas mendidih lalu dicampakkan seorang tawanan Muslim ke dalam, hingga kecut, terkeluar tulangnya dan masak dagingnya.

MENANGIS

Kemudian, diarahkan agar Abdullah pula dicampakkan ke dalamnya. Tatkala itu, pegawai raja  melihat Abdullah menangis, lalu mereka dengan segera memaklumkan kepada raja akan hal tersebut.

Raja dan Roman dan pegawai mereka gembira kerana menjangka taktik mereka berjaya untuk mengoncang iman dan pendirian Abdullah yang sebelum ini menolak permintaan Raja.

Namun apabila ditanya semula permintaan yang sama (untuk murtad), jawapan yang sama tetap diberikan oleh Abdullah. Raja Rom merasa pelik dan bertanya sebab tangisannya.

Abdullah menjawab  :

Ertinya : "Ia kerana jiwa ( nyawaku) yang hanya satu ini, sebentar lagi ia akan pergi maka aku menangis kerana mengenangkan betapa aku menginginkan sekiranya aku punyai banyak nyawa sebanyak rambutku ini maka bolehlah engkau lemparkan aku berkali-kali ke dalam api itu, aku ingin gunakan semuanya pada jalan Allah."

Bermakna, Abdullah sebenarnnya menangis bukan kerana takut, tetapi merasa terkilan hanya mempunyai satu nyawa di ketika itu, padahal dia sangat ingin untuk mempunyai lebih banyak nyawa dan tidak bimbang sama sekali mengharungi kematian asalkan ianya untuk Islam, biarpun kematian itu berkali-kali. Yang penting semua kematiannya syahid dan demi memperjuangkan Islam. MashaAllah.!

 

TERSENTAK

Apabila raja Rom mendengar jawapan Abdullah, dia menjadi amat kagum. Terfikir jika sebelum ini dia hanya mendengar kisah-kisah keajaiban para Sahabat Rasulullah, tetapi kali ini beliau menyaksikannya sendiri di hadapan matanya. Keadaan tersebut menjadikannya merubah pemikiran secara drastik lalu menawarkan Abdullah untuk dibebaskan dengan satu syarat.

Raja Rom mensyaratkan agar Abdullah Huzafah untuk mencium dahinya.

Abdullah bersetuju dengan syarat, semua tawanan Islam yang dianggarkan berjumlah sekitar 80 orang turut dibebaskan bersamanya.

Raja Rom bersetuju.

Apabila pulang ke Madinah, kisah pembebasan tersebut tersebar dan dimaklumkan kepada Umar Al-Khattab selaku khalifah ketika itu. Lalu Umar dengan gembira sambil berkata:

حق على كل مسلم أن يقبل رأس ابن حذافة وأنا أبدأ

Ertinya : Menjadi hak dan tanggungjawab setiap Muslim untuk mencium dahi (kepala) Ibn Huzafah, dan aku akan memulakannya.

 

Demikian sebuah kisah dari athar sahabat nabi, nilai kualiti iman yang amat mengkagumkan, walau ditawar dengan separuh harta Raja Rom, diugut dengan lontaran ke dalam api dan minyak mendidih, imannya tetap kental, teguh dan maha yakin dengan segala jenis pembalasan kebaikan akhirat. MashaAllah, betapa kerdilnya kita ini berbanding insan-insan didikan baginda nabi.

Lihat sahaja umat Islam di zaman ini, hanya dengan sogokan nilai matawang beberapa ratus, ribu pun  atau kain, beras beberapa kilo sahaja pun telah mampu melayang ketabahan iman seseorang. Apakah sebabnya terlalu jauh kita berbanindg sahabat dan tabi'en? Moga kita dijauhkan dari situasi begitu dan diberi kekuatan untuk membina kekuatan dalaman jika terpaksa menghadapinya di masa hadapan.

 

KEMATIAN SYAHID SAMBIL MENGISLAMKAN MUSUH

Bayangkan, seorang sahabat bernama Huram bin Mulhan, merupakan pembaca & salah serorang dari kalangan penghafaz Al-Quran yang utama, ketika dia berjuang, ditikam dari belakang oleh musuh. Tatkala melihat tombak yang menembusi dirinya, dia menjerit sambil berkata "aku berjaya, Demi tuhan Ka'bah!"

Dia mati syahid, meninggalkan pembunuhnya iaitu Jabbar Bin Salmi, terpinga-pinga dengan kalimah yang didengari. Puas mencari, jawapan akhirnya ditemui, kesannya musuh tersebut akhirnya memeluk Islam beberapa ketika selepas itu. Hal ini diakui sendiri oleh Jabbar selepas keislamannya.

Itulah sahabat didikan Rasulullah, ambang kematian mereka juga menjadi sebuah dakwah kepada pihak musuh.  Kita sudah hampir dengan Ramadhan, berdoalah kita agar diberikan rezeki untuk meraih segala kebaikan darinya dan mampu mencontohi iman para sahabat ridwanullah alayhim.

 

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

16 Julai 2010

Last Updated on Saturday, 17 July 2010 01:26
 
Sesuci Seindah Tangan Mu, Ibu! PDF Print E-mail
Written by Wakil Pemuda   
Tuesday, 13 July 2010 12:05

Ku petik cerita ini dari blog koleksi kenanagan

Kepada yang masih ada ibu…

Ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membeli-belah tersebut.

Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak-riak kecewa di wajah ibu.
Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik . Dan kerana ketidak sabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya.

Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya, seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya.

Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat dilupakan dari ingatan . Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya.

Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya. Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya …dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahawa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini.

Saya sangat bersyukur bahawa ALLAH telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya betapa bernilai dan berharganya kasih sayang yang
penuh pengorbanan dari seorang ibu.
Saya hanya dapat berdoa bahawa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan ALLAH yang begitu agung, itulah keindahan tangan Ibu…

 
MISI RAMADHAN DI GHAZA 13 Julai 2010 Di MBI PDF Print E-mail
Written by Wakil Pemuda   
Sunday, 11 July 2010 16:32

Last Updated on Sunday, 11 July 2010 16:33
 
Kuliah Israk Dan Mikraj di Masjid Bukit Indah PDF Print E-mail
Written by Wakil Pemuda   
Sunday, 11 July 2010 16:14

Kuliah akan disampaikan oleh Ustaz Syarhan Humaizi Bin Abdul Halim, Pegawai Penyelaras Masjid & Surau Daerah Gombak
pada hari Ahad 11.7.2010, selepas solat maghrib.


SEMUA DI JEMPUT HADIR

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 6 of 36

Islamic Clock

Hijri Calender

Waktu Sembahyang

Polls