Borang Online

Login Forum



Administrator

Shout Box

Latest Message: 3 weeks, 4 days ago
  • Azhar : Saya sedang hubungi Dr. Asri. Bila dapat tarikhnya saya akan hubungi pihak tuan.
  • wakil pemuda : Jika anta boleh dptkan tarikh dan waktu ust yang power2 just inform Hj Ghani atau Pembantu Tadbir di Pejabat.
  • Azhar : Kepada siapa harus saya hubungi?
  • Azhar : Tkasih Wakil Pemuda. Kalau saya cari apa kepastiannya carian saya itu diterima oleh pihak tuan?
  • izzat : salam,cuba ajk2 cari ust yg power isi kupasannya,
  • wakil pemuda : Ust yang sedia ada pun Alhamdulillah. Untuk memuaskan semua pihak adalah sukar. Cadangan saya jika anta boleh dapatkan ust2 yang so called 'power' kami sangat2 alu2 kan
  • wakil pemuda : Assalamulaikum Azhar. Perkara ini akan saya forward ke bahagian lujnah dakwah dan tarbiyah yg diketuai oleh Ust Shukri dan dibantu oleh imam2 Masjid.
  • Azhar : Penuh atau kurang berusaha?
  • wakil pemuda : ambil perhatian.
  • wakil pemuda : agak susah untuk dapat slot mereka. Kalau penceramah under power tapi Ilmunya sgt memanfaat pun ok juga. WA. Lujnah dakwah dan tarbiyah sila

Only registered users are allowed to post

Sections

Who's Online

We have 2 guests online
Selamat Datang Ke Masjid Bukit Indah Ampang
Mesyuarat Bersama Surau-Surau Di Bawah MBI PDF Print E-mail
Written by Wakil Pemuda   
Wednesday, 28 July 2010 16:16

Alhamdulillah semalam 27 Julai 2010 telah berlangsung Mesyuarat JK Masjid Bukit Indah dengan Surau-Surau Qariah Bukit Indah. Ini adalah mesyuarat kali ke-2 di mana Surau Tiara Intan telah menjadi tuan rumah. Mesyuart ini bertujuan mengeratkan ukhwah antara JK Surau bersama JK MBI.

Selain itu, kita dapat bersama-sama membincangkan pelbagai perkara dan masalah antara qariah-qariah tersebut. Antara surau-surau di bawah qariah Bukit Indah ialah Surau Ulul Azmi, Surau Al-Ikhlas, Surau At-Tarbiah, Surau Ehsaniah, Surau Tiara Intan dan Surau Al-Huda. 

Mesyuarat kali ini lebih menumpukan kepada persiapan ramadhan yang tiba tidak lama lagi InsyaAllah. Cadangan sebelum ini agar mesyuarat antara Surau-Surau diadakan secara bergilir-gilir di Surau-Surau dan Masjid. Mesyuarat akan datang akan diadakan di Surau At-Tarbiah.

Last Updated on Wednesday, 28 July 2010 16:19
 
KIPAS BARU DI TENGAH RUANG MASJID PDF Print E-mail
Written by Wakil Pemuda   
Wednesday, 28 July 2010 16:02

Alhamdulilllah kipas baru di tengah ruang solat utama hampir siap sepenuhnya sebelum menjelang ramadhan. Kebiasaanya sebelum ini apabila tiba bulan ramadhan Masjid akan penuh dengan jemaah. Jadi banyak jemaah kita kurang memenuhi ruang tengah ini akibat panas. Menyedari akan situasi tersebut dimana jemaah yang datang untuk solat di ruangan tengah masjid, maka pihak AJK Masjid telah membuat keputusan untuk meluluskan pembinaan 24 buah kipas di ruangan tengah masjid.

Keseluruhan kos bagi pemasangan kipas bersama tiang sebanyak lebih kurang RM28,000. Kipas yang digunakan ialah kipas lima bilah yang cukup selesa bila para jemaah berada di bawahnya.

Kepada semua dari kalangan ahli kariah Masjid Bukit Indah atau sesiapa sahaja yang ingin menyertai sama dalam amal jariah ini, amatlah dialu-alukan. Tuan-tuan boleh menghulurkan derma melalui pejabat Masjid Bukit Indah ataupun melalui tabung khas yang akan disediakan nanti.

Semoga segala sumbangan yang diberikan akan memberikan kita pahala yang berterusan Insya Allah.

 
Isteri Siak 1 MBi Masuk Wad PDF Print E-mail
Written by Wakil Pemuda   
Sunday, 25 July 2010 01:17

Assalamualaikum.

Saya dimaklumkan isteri kepada Siak 1(satu) Masjid Bukit Indah telah ditahan di wad Hospital Besar Kuala Lumpur akibat jangkitan kuman.

Selain itu bacaan glukos (gula) 19 dan BP 100/200. Isteri beliau juga salah seorang AJK Muslimat Masjid.

Isteri beliau telah berada di wad memasuki hari yang 4. Sama-samalah kita berdoa pada ALLAH semoga isteri beliau sembuh.

Kepada yang berkesempatan untuk menziarahi boleh mendapatkan maklumat dari Masjid.

Last Updated on Sunday, 25 July 2010 01:21
 
Ketokohan Umar al-Khattab PDF Print E-mail
Written by Wakil Pemuda   
Saturday, 17 July 2010 01:33

 

SEJARAH pemerintahan Khulafaur-Rasyidin penuh dengan pelajaran dan ibrah (iktibar). Para sahabat pada ketika itu, benar-benar mengamalkan hukum-hukum Islam dan menyebarkan syiarnya ke seluruh penjuru dunia.

Zaman mereka adalah sebaik-baik zaman. Merekalah yang mengajarkan al-Quran kepada umat dan meriwayatkan sunnah dan atsar daripada Rasulullah SAW.

Hakikatnya, sejarah mereka adalah harta simpanan yang memelihara pusaka umat Islam berupa pemikiran, budaya, ilmu pengetahuan, perjuangan, gerakan perluasan wilayah dan kaedah berinteraksi dengan bangsa dan umat lain.

Justeru Rasulullah SAW menganjurkan dan menyuruh kita untuk mengikuti sunnah mereka dan berpedoman dengan petunjuk mereka. Sabda Rasulullah yang bermaksud: Hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah Khulafaur-Rasyidin yang memperoleh petunjuk sesudahku. (riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Lantas salah satu tujuan penulisan buku berjudul, Umar bin Khattab: Kepimpinan dan Kewibawaannya oleh pengarangnya, Dr. Ali Muhammad As-Shallabi adalah untuk menghadirkan kembali hari-hari kehidupan yang indah pada zaman lampau dan memberi isyarat kepada generasi sesudahnya bahawa sebuah generasi tidak akan baik pada akhirnya, kecuali pada awalnya juga baik.

Karya besar itu merupakan buah tangan istimewa penulisnya selepas kejayaan beliau menghasilkan buku pertama yang berjudul, Abu Bakar Ash-Shiddiq: Syakhsyiyyatuhu wa Ashruhu yang telah beredar luas di pelbagai toko buku di dunia Arab dan pameran-pameran buku antarabangsa.

Maklum balas hebat serta desakan para pembaca, pendakwah, ulama, pelajar dan masyarakat umum menjadi dorongan dan pemangkin semangat kepada Dr. Ali Muhammad As-Shallabi untuk terus mengkaji pemerintah lain di zaman Khulafaur Rasyidin.

Buku terbitan Pustaka Al-Shafa telah diterjemahkan oleh Muhammad Akhyar LC dan Syahrin Jasah sebagai cetakan pertama untuk tahun ini. Ia dipersembahkan dengan bahasa yang sesuai dengan zaman sekarang.

Buku itu membahaskan tentang keperibadian, kepimpinan dan zaman pemerintahannya. Umar adalah pemerintah kedua dan sahabat yang paling utama setelah Abu Bakar As-Siddiq.

Umar Al-Khattab adalah sebaik-baik orang soleh sesudah para nabi, para rasul dan Abu Bakar. Rasulullah SAW pernah bersabda mengenai Umar dan Abu Bakar: “Ikutilah jejak orang yang datang sesudahku, iaitu Abu Bakar dan Umar.” (riwayat Tirmizi)

Malah terdapat banyak hadis yang menjelaskan tentang keutamaan-keutamaan Umar Al-Khattab. Antaranya; Di antara umat-umat yang hidup sebelum kamu ada orang-orang yang dianugerahi ilham. Jika dalam umatku ada orang yang mendapat ilham, maka beliau adalah Umar. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Selain itu, Rasulullah SAW ada bersabda: Aku pernah bermimpi seolah-olah aku sedang mengambil air dengan timba di sebuah sumur. Abu Bakar datang, kemudian beliau mengambil air, satu atau dua timba. Tetapi air yang ditimbanya tetap kurang (tidak cukup). Semoga Allah mengampuninya. Kemudian Umar datang untuk mengambil air dan air yang ditimbanya melimpah. Sesungguhnya aku belum pernah melihat orang yang genius yang mampu melakukan seperti yang dilakukannya, sehingga orang ramai dapat memenuhi bekal air mereka dan membawa unta-unta mereka pulang ke kandang. (riwayat Muslim)

Begitu juga Amru bin Al-Ash pernah bertanya kepada Nabi: “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling engkau cintai?” Beliau menjawab: “Aisyah”. Amru bertanya: “Dari kalangan lelaki?” Beliau menjawab: “Ayahnya (Abu Bakar)”. Amru bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Beliau menjawab: “Umar bin Khattab”. Kemudian beliau menyebut nama beberapa orang sahabat”. (riwayat Ibnu Hibban)

Kehidupan Umar merupakan lembaran yang cemerlang di dalam sejarah Islam yang menyinari dan mengungguli setiap sejarah. Sejarah Umar ini berupa kemuliaan, kejayaan, ketulusan, perjuangan dan dakwah di jalan Allah.

Buku ini dimulai dengan kisah kehidupan Umar sejak kelahiran hingga wafat, nasab, keluarga, kehidupan di zaman jahiliah, tentang keislaman, hijrah dan tentang pengaruh al-Quran dan kebersamaannya dengan nabi terhadap pendidikan dan keperibadiannya.

Turut dipaparkan adalah peranan Umar dalam pelbagai peperangan, peranannya dalam masyarakat, kisah pemerintahan dan prinsip-prinsip yang dipegang ketika itu.

Begitu juga berkaitan komitmennya dalam mencegah perbuatan menyimpang, kesihatan rakyat, sistem pengawasan pasar dan perniagaan serta perhatiannya dalam mewujudkan tujuan syariat Islam dalam masyarakat.

Boleh dikatakan buku setebal 764 muka surat ini lengkap yang dipecahkan kepada tujuh bab utama seperti: Umar Al-Khattab di Mekah, Pendidikan Nabi Terhadap Umar al-Khattab, Abu Bakar Mencalon Umar Sebagai Penggantinya, Lembaga Kewangan dan Pengadilan Zaman Umar Al-Khattab, Kepandaian Berinteraksi dengan Para Gabenor, Penaklukan Iraq Zaman Umar al-Khattab dan Penaklukan Syam, Mesir dan Libya.

Kesemua bab utama ini mempunyai tajuk kecil yang diakhiri dengan Detik-detik Terakhir Kehidupan Umar.

Pastikan setiap rumah kita memiliki koleksi berharga ini kerana Umar al-Khattab bukan calang-calang orang sehinggakan Rasulullah SAW sendiri pernah berdoa supaya Umar memeluk Islam.

Mengapa Rasulullah sangat mengharapkan keislaman Umar? Sama-samalah kita ikuti buku Amirul Mukminin Umar bin Khattab: Kepimpinan dan Kewibawaannya.

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 5 of 36

Islamic Clock

Hijri Calender

Waktu Sembahyang

Polls