Borang Online

Login Forum



Administrator

Shout Box

Latest Message: 3 weeks, 4 days ago
  • Azhar : Saya sedang hubungi Dr. Asri. Bila dapat tarikhnya saya akan hubungi pihak tuan.
  • wakil pemuda : Jika anta boleh dptkan tarikh dan waktu ust yang power2 just inform Hj Ghani atau Pembantu Tadbir di Pejabat.
  • Azhar : Kepada siapa harus saya hubungi?
  • Azhar : Tkasih Wakil Pemuda. Kalau saya cari apa kepastiannya carian saya itu diterima oleh pihak tuan?
  • izzat : salam,cuba ajk2 cari ust yg power isi kupasannya,
  • wakil pemuda : Ust yang sedia ada pun Alhamdulillah. Untuk memuaskan semua pihak adalah sukar. Cadangan saya jika anta boleh dapatkan ust2 yang so called 'power' kami sangat2 alu2 kan
  • wakil pemuda : Assalamulaikum Azhar. Perkara ini akan saya forward ke bahagian lujnah dakwah dan tarbiyah yg diketuai oleh Ust Shukri dan dibantu oleh imam2 Masjid.
  • Azhar : Penuh atau kurang berusaha?
  • wakil pemuda : ambil perhatian.
  • wakil pemuda : agak susah untuk dapat slot mereka. Kalau penceramah under power tapi Ilmunya sgt memanfaat pun ok juga. WA. Lujnah dakwah dan tarbiyah sila

Only registered users are allowed to post

Sections

Who's Online

We have 2 guests online
Selamat Datang Ke Masjid Bukit Indah Ampang
30 AJK BERHENTI SETIAP BULAN PDF Print E-mail
Written by Wakil Pemuda   
Wednesday, 04 August 2010 11:49

30 AJK masjid di Selangor letak jawatan setiap bulan
Oleh Khairul Azran Husin
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
2010/08/04

Tidak puas hati pelbagai isu punca pengurusan kucar-kacir

SHAH ALAM: Kira-kira 30 anggota jawatankuasa (AJK) masjid dan surau di Selangor termasuk nazir, bendahari dan imam meletak jawatan setiap bulan disebabkan tiada persefahaman sesama mereka.

 

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohammed Khusrin Munawi, berkata perkara itu mungkin berpunca daripada rasa tidak puas hati sesetengah pihak terhadap pemilihan AJK yang dibuat menerusi mesyuarat agung.

 

“Setiap bulan saya perlu tandatangan peletakan jawatan AJK purata antara 20 hingga 30 orang. Jumlah itu masih kecil berbanding jumlah semua AJK di negeri ini iaitu kira-kira 8,000 orang, tetapi kalau tidak diatasi takut menjadi perbalahan dan mendatangkan masalah kepada pengurusan masjid dan surau,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata rasa tidak puas hati juga berlaku berhubung pelaksanaan projek, sumbangan serta ketiadaan kerjasama antara mereka menyebabkan ada yang menjalankan tugas orang lain.

“Seperti di Kuala Langat, ada orang beri sumbangan tidak melalui nazir dan bendahari, tetapi terus beri kepada bilal dan bilal pula terus lantik kontraktor untuk melaksanakan projek. Bendahari dan nazir tidak tahu kerana tiada kerjasama. Sistem dan senarai tugas dah ada tetapi ada yang buat tugas orang lain.

“Sepatutnya bilal kena maklumkan bendahari dan nazir tetapi dia terus buat, ini menunjukkan tiada ketelusan. Banyak lagi sebab seperti penceramah, biro agama nak panggil orang ini, nazir pula tidak setuju,” katanya.
Mohammed Khusrin berkata, sikap itu tidak harus wujud dan seharusnya AJK masjid dan surau tidak memperbesarkan isu yang remeh sehingga boleh menggugat persaudaraan sesama umat Islam.

“Mereka sepatutnya melaksanakan tugas demi kepentingan agama, bukan kepentingan peribadi atau kelompok tertentu,” katanya.

Mengulas perkembangan lain, Mohamed Khusrin berkata, hanya sekitar 40 peratus penceramah yang berceramah di masjid dan surau negeri ini mempunyai tauliah manakala selebihnya sukar dipastikan kerana tidak menyertakan maklumat lengkap.

“Dari laporan yang kita terima dan kumpulkan dari semua masjid dan surau daerah, kita dapati ada borang membabitkan maklumat peribadi penceramah yang memberi ceramah tidak lengkap seperti tidak meletak nama penuh, kad pengenalan dan nombor rujukan tauliah,” katanya.

Sehubungan itu, Mohammed Khusrin meminta agar AJK masjid dan surau bekerjasama dengan mengemukakan maklumat penceramah yang lengkap menggunakan borang yang disediakan serta menghantar laporan itu kepada JAIS setiap bulan.

“Kita juga mengharapkan agar semua AJK membantu mereka yang tidak bertauliah supaya memohon tauliah bagi memastikan setiap perkara yang disampaikan oleh penceramah memberi kesan positif kepada perpaduan umat Islam,” katanya.

Last Updated on Wednesday, 04 August 2010 11:53
 
DI AMBANG RAMADHAN PDF Print E-mail
Written by Wakil Pemuda   
Monday, 02 August 2010 17:13



SILA HADIR BERAMAI-RAMAI BAGI MENGIMARAHKAN MASJLIS ILMU

Last Updated on Monday, 02 August 2010 17:15
 
SUMBANGAN IFTAR, MOREH dan SAHUR PDF Print E-mail
Written by Wakil Pemuda   
Friday, 30 July 2010 13:22

Pihak AJK MASJID bersetuju pada tahun ini menetapkan sumbangan bagi program di Bulan Ramadhan adalah seperti berikut:

IFTAR : RM 700.00 sehari.

MOREY : RM 500.00 sehari

SAHUR : RM 500.00 sehari

Kepada semua anak kariah Bukit Indah dan sesiapa sahaja yang ingin menyumbang kepada program Ihya’ Ramadan,  borang-borang telah disediakan di pintu masuk Masjid atau dipejabat. 
 
Sekiranya anda hendak menyumbang/infak kurang dari kadar tersebut, anda bolehlah berkongsi nama dengan mana-mana individu atau syarikat yang lain. 

Harap Maklum.

 
GOTONG ROYONG DI MASJID PDF Print E-mail
Written by Wakil Pemuda   
Friday, 30 July 2010 13:02

MASJID BUKIT INDAH akan menganjurkan satu program gotong royong untuk membersihkan Masjid.
Program tersebut adalah seperti berikut.

TARIKH : 1 OGOS 2010
JAM : 8.00 PAGI
TEMPAT : MASJID BUKIT INDAH
PERALATAN : SILA BAWA PERALATAN YANG SESUAI
KOORDINATOR : HJ GHAZALI Bin OMAR

Tuan-tuan dan Puan-puan di jemput hadir. Jamuan ringan disediakan InsyaAllah.
 

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 4 of 36

Islamic Clock

Hijri Calender

Waktu Sembahyang

Polls