Borang Online

Login Forum



Administrator

Shout Box

Latest Message: 4 months, 3 weeks ago
  • zekbaharin : salam.. pihak kami-WiMi ada systema sms blaster. servis hebahan guna sms. hubungi Hj.Ghani pihak MBI
  • JKABJAT : Tahniah atas kendalian majlis ilmu di dalam bulan Ramadhan yg lalu. Ana puas hati.
  • saffuan : Selamat Menjalani Ibadah Puasa bagi Semua Umat Islam Khas Penduduk Bukit Indah
  • wakil pemuda : Nak share apa tu
  • eddy : asal x de tempat share?
  • Aishah : Tahniah kerana berjaya menganjurkan kursus kesempurnaan solat «link»
  • wakil pemuda : ia bergantung kepada aktiviti yg ada.
  • wakil pemuda : Salam abhalim. Pertama sekali web site masjid tidak seperti blog atau portal berita yang sentiasa update.
  • abhalim : Kenapa web site tuan ini slow sangat? Jarang sekali diupdate. Terimaksaih.
  • wakil pemuda : waalaikumsalam. Jika pihak masjid ada membuat aktiviti seperti karnival atau forum puan boleh memohon kepada masjid. Sila berjumpa En. Izzudin untuk maklumat lanjut. Tk

Only registered users are allowed to post

Sections

Who's Online

We have 1 guest online
Selamat Datang Ke Masjid Bukit Indah Ampang
Program Maulidur Rasul PDF Print E-mail
Written by Wakil Pemuda   
Saturday, 04 February 2012 20:12

Last Updated on Saturday, 04 February 2012 20:12
 
CINTA KEPAD 'LELAKI GHAIB' ITU - SAIFULISLAM PDF Print E-mail
Written by Wakil Pemuda   
Saturday, 04 February 2012 19:29

Bagaimana hendak mencintai seorang manusia yang kita tidak pernah jumpa?

Tidak pernah bertentang mata.

Tidak pernah melihat wajah dan susuk tubuhnya.

Soalan itu menerjah fikiran kita hari ini, tatkala diajak mengasihi seorang lelaki Arab bernama ‘Muhammad bin Abdullah’.

Apatah lagi yang diajak itu adalah anak-anak.

Mungkinkah mereka jatuh cinta dengan ‘lelaki itu’?

Lelaki yang tidak pernah ditemui. Tidak pernah dikenali.

 

Namun mencintai seorang secara ghaib bukan sesuatu yang mustahil. Lihat geng-geng rambut pacak itu. Mereka itu sedang bercinta dengan siapa? Cuba tanya siapa pelopor rambut pacak itu, di mana kampungnya, apa makanan kegemarannya, siapa isterinya, apa nama anak-anaknya dan mengapa nama mereka begitu, dia bermain bola dengan kelab mana, pasti rambut pacak itu mudah disusuli dengan jawapan lengkap pada soalan-soalan itu tadi.

Tetapi pernahkah mereka bertemu dengan David Beckham?

Bertuturkah mereka dengan bahasa Beckham?

Pernah ke Manchester?

Pernah ke Madrid?

Pernah ke Los Angeles?

Majoritinya hanya menggelengkan kepala.

Tetapi mereka sangat memuja lelaki itu. Baik lelaki, mahu pun perempuan. Mereka tidak pernah bertemu dengannya, tetapi ‘amat menyintainya’.

Kredit Ilustrasi whateverattack.deviantart.com

Tanyalah budak muda rambut lebat sikat ke depan, kurus kering mendedah tulang rusuk dengan gaya seksi seperti K-Pop yang dipaksa menjadi M-Pop, mereka itu sedang bercinta dengan siapa? Pernahkah mereka ke bumi Sonata? Bertuturkah mereka dengan bahasa Korea? Pasti sahaja genre yang dipaparkan itu lengkap dengan info sirah kehidupan Kim Jaejoong dan Jung Ji-Hoon.

Generasi muda kita memang ramai yang sedang bercinta dengan cinta yang ghaib. Menyintai seorang yang tidak pernah ditemui.

Keupayaan cinta yang sepatutnya membolehkan mereka mencinta lelaki ghaib paling hebat, Muhammad bin Abdullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

SEPERTI AL-QURAN

Ali bin Hussein bin Ali radhiyallahu ‘anhum pernah berkata, “Kami diajari dengan Seerah sebagaimana kami diajari dengan al-Quran”

Seorang cicit juga sudah masuk ke cabaran itu.

Mencintai moyangnya, seorang Rasul yang mulia, lelaki ‘ghaib’ yang tidak pernah ditemuinya. Namun cintanya kepada Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam datang hasil pendidikan. Beliau didedah, diajar, dibentuk dan membesar dengan mempelajari Sirah Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam, seperti mana dampingannya dengan al-Quran itu sendiri.

Apakah yang menemani anak-anak kita?

Cukupkah beberapa minit di sekolah mereka didedahkan kepada Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam?

Sesungguhnya anak-anak kita mampu mengasihi ‘lelaki ghaib yang tidak pernah ditemui itu’.

Asalkan mereka dididik mengenalinya oleh kita yang terlebih dahulu perlu bertanya, “cintakah aku kepada lelaki ghaib itu?”

 

“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” [Al-Ahzaab 33: 56]

 
AGM 2011 PDF Print E-mail
Written by Wakil Pemuda   
Thursday, 17 November 2011 12:31

MESYUARAT AGONG MASJID BUKIT INDAH AMPANG

TARIKH : 20 NOV 2011

MASA : 8.00 PAGI

TEMPAT : DEWAN MASJID BUKIT INDAH AMPANG

PAKAIAN : MENUTUP AURAT

SARAPAN DISEDIAKAN. SEMUA DIJEMPUT HADIR

Muat Turun

Buku Laporan Mesyuarat Agung MBi 2011

http://www.mediafire.com/?eu3smmm6npj2ca6

Minit Mesyuarat Agung MBi 2010
http://www.mediafire.com/?15dyn8a2dnyq3cy

Last Updated on Friday, 18 November 2011 22:59
 
WAKTU SOLAT IDUL ADHA DAN KORBAN 2011 / 1433H PDF Print E-mail
Written by Wakil Pemuda   
Saturday, 05 November 2011 17:36

WAKTU SOLAT IDUL ADHA

8.15 PAGI

WAKTU KORBAN BERMULA
9.00 PAGI

SEMUA DIJEMPUT HADIR UNTUK MEMBANTU KERJA SEMBELIHAN, MELAPAH DAN MEMBUNGKUS.

JAMUAN MAKAN TENGHARI SUP GEAR BOX DISEDIAKAN.

Last Updated on Saturday, 05 November 2011 17:38
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 1 of 54

Islamic Clock

Hijri Calender

Waktu Sembahyang

Polls